BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 19 July 2011

Selamat Datang Ke Hasanah's Homestay

Hasanah Homestay, Baling kini mula menapak dalam industri homestay di Malaysia amnya dan homestay di Baling Kedah  bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengunjung untuk ke daerah ini khususnya.  

Homestay ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri kerana letaknya di kaki gunung batu kapur yang terbentang megah sejak ribuan tahun dahulu. Persekitaran homestay ini turut dikelilingi dengan kehijauan alam yang terdiri daripada dusun buah-buahan , kebun getah dan rimbunan pepohon buluh madu yang ditanam dilereng-lereng bukit yang menjadi tempat persinggahan beburung untuk mencari rezeki. 

Telatah kawanan kambing kampung yang diternak kecil-kecilan dipinggir bukit juga  menggamit  suasana desa. Malah para pengunjung boleh berinteraksi dan bermain-main dengan kawanan kambing tersebut yang dipisahkan dengan pagar dawai.


PENGINAPAN BAJET

0 comments: