BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Baling. Show all posts
Showing posts with label Baling. Show all posts

Tuesday, 19 July 2011

Kemudahan-Kemudahan Hasanah Homestay

Hasanah Homestay ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung termasuklah :
  • 3 Bilik tidur (bilik tidur utama lengkap berhawa dingin)




  • 2 bilik air


  • Ruang dapur dengan peralatan memasak seperti peti sejuk, penapis air RO,  seterika, mesin basuh, buaian bayi dan peralatan barbeku.

  • 2 Ruang tamu yang sesuai dijadikan bilik bermesyuarat ataupun sebagai ruang tidur.


  • Beranda untuk ruangan bersantai menikmati keindahan alam.

  • Kemudahan letak kereta yang luas dan 5 garaj kereta berbumbung.

  • Bilik sembahyang.


Selain itu, disekeliling homestay juga dipelihara lebah kelulut yang menghisap madu dari bunga -bunga di sekitar Gunung Baling. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman menghisap madu  terus daripada sarang kelulut.















Selamat Datang Ke Hasanah's Homestay

Hasanah Homestay, Baling kini mula menapak dalam industri homestay di Malaysia amnya dan homestay di Baling Kedah  bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengunjung untuk ke daerah ini khususnya.  

Homestay ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri kerana letaknya di kaki gunung batu kapur yang terbentang megah sejak ribuan tahun dahulu. Persekitaran homestay ini turut dikelilingi dengan kehijauan alam yang terdiri daripada dusun buah-buahan , kebun getah dan rimbunan pepohon buluh madu yang ditanam dilereng-lereng bukit yang menjadi tempat persinggahan beburung untuk mencari rezeki. 

Telatah kawanan kambing kampung yang diternak kecil-kecilan dipinggir bukit juga  menggamit  suasana desa. Malah para pengunjung boleh berinteraksi dan bermain-main dengan kawanan kambing tersebut yang dipisahkan dengan pagar dawai.


PENGINAPAN BAJET